BULAN 2
1:24:00 AM | Author: Borneo Poindakod
Bulan 2 ataupun Februari dalam kalender moden merupakan bulan yang paling sedikit hari dalam setahun. so maksudnya ku keja still dapat gaji penuh tapi keja kurang dalam 3 4 hari. Bulan 2 juga biasanya ada cuti tahun baru cina.

Tapi bukan itu yang aku mau bagitau kamu semua, aku mau bagitau kamu yang bulan 2 nie aku dengan brother Edi yang makin bahagia sekarang dengan gadis-gadisnya plan mau buat expidisi naik puncak King George.

Plan asalnya mau buat di Gunung Nambuyukon tapi oleh kerana King George nampak macam lebih mencabar (XPDC 5 hari) daripada Gunung Nambuyukon (sehari pun boleh) so plan asal di cancel diganti la dengan King George.

Klau mau naik puncak nie ada 3 trek, dari Timpohon boleh, Mesilau boleh dan Kutau Route. kalau ikut kutau Route makan masa 5 hari, tapi biasanya lagi lama lagi best bah kan, best memang best tapi makin lama makin lah juga mahal memandangkan harga baru yang kena publish oleh sabah park untuk guide dan juga porter so plus makan, permit, insurans, semua mgkin dalam 4 ratus la juga sorang.

Logeng suda tidak join sebab dia pigi kursus di Pahang so kepada tompinai-tompinai yang lain harap dapatlah memplan awal supaya dapat la meluangkan masa untuk join kalau masih ingat dengan orang susah la..hehehe. satu lagi next time kalau jumpa logeng tidak bole panggil sembarang suda, mesti ada LEFTENAN di depannya, LEFTENAN MUDA LOGENG. doakan kejayaan nya.
Kali nie aku dengan Brother Edi plan mau gerak dalam 5 orang so tempat adalah terhad, siapa cepat dia dapat, tapi ada ka sesiapa yang dapat bagi aku info pasal si choi? lepas balik jak dari tambuyukon hilang tanpa berita kawan kita tu..takkan dia pun tidak bole runding?

Ok geng siapa-siapa yang berminat kontek jak aku..no stil yang dulu, tidak da save so maksudnya automatik terkeluar daripada XPDC nie..take care namaste



first of all
10:39:00 PM | Author: Borneo Poindakod
Tentu kamu semua tertanya2 apa maksud perkataan poindakod nie,tp mengikut pemahaman aku yang tidak seberapa faham. Poindakod tu membawa makna pendaki atau pun menaik dalam bahasa dusun.


Bukan sengaja pilih bahasa dusun nie, lagi pun antara kami semua, sorang jak orang dusun. tp untuk menunjukkan poindakod ne orang sabah so nama poindakod nie pun ter pilih biar pun salah sorang dari kami nie berasal dari chemomoi pahang.

Sebenarnya ahli-ahli kumpulan nie telah banyak menjalankan program bersama-sama, tapi belum membawa sepanduk poindakod bersama atau kata lainnya masa tu nama kumpulan nie belum diilhamkan lagi, biasa nya kami hanya menggelarkan diri kami sebagai ‘Tompinai’ ataupun saudara juga dalam bahasa dusun.


Tapi kini selepas XPDC gunung Tambuyukon, semua aktiviti kami akan menggunakan nama BORNEO POINDAKOD. Rasa nya salah seorang daripada kami kena register nama ni dekat mana-mana badan berkaitan sebelum nama ni terambil oleh orang lain. Tapi itu nanti, yang penting sekarang Poindakod telah wujud dan selepas ini apa jua aktiviti yang disertai oleh tompinai akan menggelarkan diri kami sebagai Poindakod
poindakodborneo.blogspot.com
7:08:00 AM | Author: Borneo Poindakod
well . . . this is the first steps to create an official blog for the Borneon Climbers (poindakod borneo) i guess......

The team members now are working harder to gain informations to construct this team blog...

any new announcement will be shown in the next posting... i hope that this blog will become the flatform for all of the Outdoor hooligans to communicate with each other...

your truly

akuhelas.blogspot.com