Gunung Lucia
5:32:00 PM | Author: Borneo Poindakod

Suda lama betul rasa nya dah tidak menulis untuk blog nie. Macam dah tidak ada yamg mahu aku katakan. Tapi oleh kerana kami baru jak selesai menawan satu lagi gunung di Sabah so terpaksa juga lah aku menulis lagi.



XPDC kali nie dinggotai oleh Edi, Sahar, Adrian dan aku sendiri manakala member yang lain tidak dapat join sebab perut yang dah membesar dan komitmen kerja masing2. So tanggal 19 disember yang lalu kami memulakan pendakian menuju puncak gunung Lucia yang terletak di Taman Bukit Tawau atau orang Tawau gelar Table.



Jarak treking daripada Sabah Park HQ ke puncak sejauh 13.25KM. Dalam perjalanan selepas kilometer 5 keatas kemudahan air boleh didapati melalui saluran paip yang disediaka pihak taman. So sebelum tu air kena la bawa sendiri.

Terdapat beberapa pondok rehat di sepnjang perjalanan pada awal trekking, trek yang dilalui menuju ke beberapa tempat saperti ke hot spring, air terjun bukit gelas dan tentu la puncak gunung Lucia sebelum berpisah di simpang yang berbeza.

Ok perjalanan mula2 sekali memang perit, naiiiiikk jak dah lama tidak mendaki, bila jak mendaki perjalanan lagi sengasara, tidak ada belas kasihan langsung apa tidak edi macam biasa lah jadi sang 'ponyeh'. Nasib baik kali nie dia tidak merengek mau pulang lagi macam dulu2.


Selepas beberapa bukit yang sengsara akhirnya jalan nya jadi rata dan menuruni bukit yang secara lansung nya menandakan balik nnt kena juga mendaki lagi...(ponyeh lagi). Turun naik pun sama juga.

Pacat memang biasa la ramai lagi gila tp manja. Pacat macam mau bermain jak, beberapa jak yang mengigit ntah knp tapi mugkin sebab kesian tengok edi kot. Ntah la tapi memang banyak.

Yang best lagi pasal gunung nie, tidak perlu bawa khemah, ada hostel kat atas tu, dalam KM 10 lebih2 la. Kemudahan memang best, tilam, selimut,dapur, toilet, periuk belanga untuk kenduri pun ada. nak masak nasi pun ada rice cooker, masak air ada cerek elektrik nda ka best mcm tu. Tp elektrik hanya on 3 jam sehari. So pandai2 la plan bila mau masak bila mau tido.



keesokan pagi, selepas sarapan kami bertolak menuju puncak, perjalanan ke puncak berbaki lagi 3KM lebih2 sikit, klu ikut kata guide kami perjalanan hanya ambil masa satu jam lebih (kalau tidak ponyeh la). pendakian kali nie, tema di puncak pakai baju Batik Indonesia. Memang lawak, sampai siap bawa sarung lagi... Tapi yang kurang nya member pulak pakai seluar pendek pakai baju batik...


Ikut kata guide kami Taman Bukit Tawau terhasil jutaan milion2 tahun dulu daripada letupan gunung berapi yang menghasilkan puncak2 gunung yang terdapat di taman ini. terdapat beberapa puncak di taman ini

1) Gunung Magdalena (1,310 m),

2) Gunung Lucia (1,189 m)

3) Gunung Maria (1,067 m).

Ikut planning asal nya, kami mau mendaki gunung magdelena tapi atas sebab yang aku pun tidak faham, permit untuk mendaki gunung nie tidak dapat di keluarkan oleh pihak taman. Tapi kami teruskan juga la XPDC kami dengan mendaki Gunung Lucia.

Untuk mendaki gunung nie bayaran yang dikenakan boleh dikatakan antara yang paling murah yang dikenakan oleh pihak taman.

1)Permit Mendaki RM 10/pax
2)Sewa Hostel RM 20/pax
3)Guide RM 40/day
4)Entrance Fee Rm 3/pax

Pihak taman tidak menjamin jika berlaku kemalangan sepanjang berada di dalam taman, sebab itu lah tidak ada bayaran untuk insuran. para pendaki juga mesti mengisi borang untuk melepaskan pihak taman daripada sebarang tuntutan jika berlaku kemalangan sepanjang pendakian dijalankan. Tetapi kalau berlaku sebarang kejadian pasukan penyelamat gunung sentiasa bersiap sedia untuk menyelamatkan pendaki.

Taman Bukit Tawau dikendalikan oleh Sabah Park. Mula diwartakan sebagai taman merupakan satu2 nya taman teresstrial di Pantai Timur Sabah. Hutan ini dipenuhi dengan pokok2 yang bersaiz besar disebabkan tanahnya adalah jenis volkanik yang penuh dengan nutrien membantu pembesaran pokok2 di taman ini. Ditaman ini juga terdapat pokok yang disenaraikan dalam senarai pokok tertinggi dunia dengan menduduki tempat ke 9.






Sekarang aku mau plan untuk next XPDC lagi..kawan2 tlg bagi cadangan ok. Aku tidak ada idea langsung skrg nie. No phone mcm biasa blum tukar lg.

Ok happy new year tompinai semua.
|
This entry was posted on 5:32:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments:

On January 21, 2011 at 3:48 PM , Anonymous said...

Slm. Ada ka kamurang punya FB ni..?

kasi add sy. Minat juga mendaki!!

armansahkembo@gmai.com @ 'Arman Kay'

 
On October 23, 2015 at 4:11 PM , Anonymous said...

Berapa jam / hari yang diperlukan untuk panjat gunung ni ya?

 
On April 25, 2016 at 8:20 AM , HELLARY HEROIN said...

Kemarin saya sampai . Gila ba bentuk muka buminya . Hahaha apa pun mmg best tapi ada penampakan kami jumpa kmarin dlm gambar .. Add fb sya angkol rierie ensem

 
On November 6, 2016 at 3:46 PM , Mima said...

aq pon maw juga ni p hiking sana.. ada ka yg maw join? aq cari member pmpn ni kontek 013 545 8428