Ekspidisi Gunung King George
7:34:00 PM | Author: Borneo Poindakod


Untuk info semua, jalan ke puncak King George nie dinamakan sebagai Koutal Route. starting pointnya bermula di Kampung Mesilau ataupun boleh juga melalui Timpohon Gate tetapi jalannya lebih jauh, kurang mencabar tapi bahaya. Untuk melalui Timpohon bergantung pada keadaan cuaca dimana kalau hujan laluan ini tidak bole digunakan sama sekali kerana ada satu jalan yang pada trek ini merupakan laluan air dan boleh menyebabkan banjir kilat di atas gunung.

Mengikut guide kami Haidin dengan Uncle Muhaidin (bukan adik beradik)Koutal Route mendapat namanya daripada si Koutal yang merupakan seorang bomoh, tapi bukan bomoh yang komersial, just untuk pakai sendiri. Beliau sering naik ke puncak King George menggunakan laluan ini untuk bertapa ataupun pergi memburu. Oleh kerana beliau yang membuka jalan ataupun orang yang membuat trek keatas puncak Gunung King George melalui jalan nie, lantas trek nie pun dinamakan sempena dengan nama beliau.


























Kalau mengikut perkiraan aku, ada 9 puncak yang kena didaki sebelum sampai kepuncak then banyak kali turun bukit kemudian mendaki lagi. Kalau mental kurang memang rasa mau pulang rumah tidak mau naik gunung lagi. Pastu treknya sempit asyik2 tersangkut beg di ranting kayu. Belum lagi yang kena tunduk pasal dahan2 pokok yang melintang di sepanjang trek.

Tapi yang best nya pasal trek nie satu ekor pacat pun tidak ada, memang selesa perjalanan tanpa pacat, yang ada cuma siput babi dan si siput babi hehehe (sory Ad). Dan yang paling best sekali viewnya. Tiap kali stop untuk rehat view nya buat semua orang hilang penat. Memang tidak perlu ke luar Negara la…indah, nice, marvelous, splendid, excellent, wonderful dan segalanya yang sinonim dengan perkataan tu.
|
This entry was posted on 7:34:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On March 13, 2009 at 7:30 AM , Helas木村 said...

mantap aaa.. wakakakakakaka.. bila lagi trip best2 ne heheheheh