Pengetahuan Asas Mendaki
9:07:00 PM | Author: Borneo Poindakod
mendaki gunung merupakan salah satu cabang dalam aktiviti ekstrim, ianya memerlukan tahap kecergasan yang tinggi serta pengetahuan yang asas dalam menggunakan peralatan seperti kompas, ataupun kemahiran dalam pertolongan cemas serta kemahiran dalam memasak.

pendaki yang peka akan sedar akan bahaya yang bakal dihadapi dalam aktiviti mendaki. contohnya bahaya yang datang daripada alam semulajadi seperti suhu yang sejuk ditambah dengan angin yang lagi menyejukkan dan diburukkan lagi dengan hujan lebat.

seorang pendaki tidak seharusnya memandang enteng terhadap gunung yamg dikata kan mudah seperti gunung kinabalu yang terkenal. memang aku akui gunung tersebut memang mudah kerana mempunyai trek yang luas, bekalan air yang banyak. tapi tanpa persiapan yang rapi mungkin impian untuk naik gunung tidak akan kesampaian....

seorang pendaki seharusnya bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan pendakian, lakukan aktiviti yang meningkatkan stamina sebelum sebulan sebelum mendaki seperti joging atau pun berenang, jangan malu bertanya dari orang2 yang suda menawan puncak yang kita rancang untuk daki, buat sedikit kajian, mungkin itu dapat membantu kita dalam menghadapi bahaya yang mendatang.

peralatan yang bersesuain juga penting dalam sebuah aktiviti pendakian contohnya baju kalis hujan (ponco), baju yang cepat kering, ubat-ubatan asas (pastikan tahu menggunakannya), sleeping beg dan peralatan yang dirasakan sesuai selagi ianya tidak membebankan dalam perjalanan.

rancang perjalanan jika aktiviti itu mengambil masa lebih daripada sehari agar dapat mengira jumlah makanan yang perlu dibawa di sepanjang aktiviti mendaki. paling bagus rancang juga menu yang ingin dimasak apabila berada di dalam hutan agar mudah untuk menentukan jumlah yang ingin dibawa.

oleh itu persiapan dan persedian amatlah penting kepada seorang pendaki. jadi kawan2 lepas nie jangan ada lagi yang kondem klu mau naik gunung. klu kondem juga balik lah sendiri hahaha
|
This entry was posted on 9:07:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On March 24, 2009 at 11:37 PM , Helas木村 said...

wow... nice blog..... keep on bloging men.... hhehehehe n thanks 4 da info..