Ke Ajaiban Dunia Yang Baru
9:59:00 PM | Author: Borneo Poindakod
Pulau sipadan yang terletak berhampiran Semporna di Sabah merupakan satu-satunya pulau daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari aras laut.

Pulau yang menjadi kebanggaan orang sabah telah tercalon untuk menjadi salah satu 7 keajapain dunia yang baru dan telah melepasi tapisan pertama.

daripada 222 pencalonan dari seluruh dunia Pulau sipadan telah tercalon untuk melepasi tahap pertama..
sebagai warga sabah mari kita bersama-sama mengundi pulau ini untuk melepasi tapisan peringkt ke 2 yang berakhir pada bulan julai nnt.

menurut menteri perlancongan sabah. jika pulau ini tercalon dalam senarai 'top 11' akan menjadikan pulau ini sebagai penarik kepada pelancong asing yang mana pada ketika ini memeang suda tidak asing lagi kepada para penyelam dunia..

marila kita sama2 mengundi di http://www.new7wonders.com/nature/en/vote_on_nominees/ jadikan pulau Duyung ini sebagai dalah satu warisan dunia...
Pengetahuan Asas Mendaki
9:07:00 PM | Author: Borneo Poindakod
mendaki gunung merupakan salah satu cabang dalam aktiviti ekstrim, ianya memerlukan tahap kecergasan yang tinggi serta pengetahuan yang asas dalam menggunakan peralatan seperti kompas, ataupun kemahiran dalam pertolongan cemas serta kemahiran dalam memasak.

pendaki yang peka akan sedar akan bahaya yang bakal dihadapi dalam aktiviti mendaki. contohnya bahaya yang datang daripada alam semulajadi seperti suhu yang sejuk ditambah dengan angin yang lagi menyejukkan dan diburukkan lagi dengan hujan lebat.

seorang pendaki tidak seharusnya memandang enteng terhadap gunung yamg dikata kan mudah seperti gunung kinabalu yang terkenal. memang aku akui gunung tersebut memang mudah kerana mempunyai trek yang luas, bekalan air yang banyak. tapi tanpa persiapan yang rapi mungkin impian untuk naik gunung tidak akan kesampaian....

seorang pendaki seharusnya bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan pendakian, lakukan aktiviti yang meningkatkan stamina sebelum sebulan sebelum mendaki seperti joging atau pun berenang, jangan malu bertanya dari orang2 yang suda menawan puncak yang kita rancang untuk daki, buat sedikit kajian, mungkin itu dapat membantu kita dalam menghadapi bahaya yang mendatang.

peralatan yang bersesuain juga penting dalam sebuah aktiviti pendakian contohnya baju kalis hujan (ponco), baju yang cepat kering, ubat-ubatan asas (pastikan tahu menggunakannya), sleeping beg dan peralatan yang dirasakan sesuai selagi ianya tidak membebankan dalam perjalanan.

rancang perjalanan jika aktiviti itu mengambil masa lebih daripada sehari agar dapat mengira jumlah makanan yang perlu dibawa di sepanjang aktiviti mendaki. paling bagus rancang juga menu yang ingin dimasak apabila berada di dalam hutan agar mudah untuk menentukan jumlah yang ingin dibawa.

oleh itu persiapan dan persedian amatlah penting kepada seorang pendaki. jadi kawan2 lepas nie jangan ada lagi yang kondem klu mau naik gunung. klu kondem juga balik lah sendiri hahaha
Ekspidisi Baru
10:45:00 PM | Author: Borneo Poindakod
kawan2 semua kamu ada dengar info ka dari bro edi yang bulan 8 nie mau buat lagi satu ekspidition naik gunung..

dia ckp mau sambut independence day di puncak..so kwan2 semua kumpul la duit rancang cuti insayaAllah jadi..

tapi aku ingat mau buat awal sikit.sebab klu lama tidak naik gunung nnt kondem plak di tengah jln..
Ekspidisi Gunung King George
7:34:00 PM | Author: Borneo Poindakod


Untuk info semua, jalan ke puncak King George nie dinamakan sebagai Koutal Route. starting pointnya bermula di Kampung Mesilau ataupun boleh juga melalui Timpohon Gate tetapi jalannya lebih jauh, kurang mencabar tapi bahaya. Untuk melalui Timpohon bergantung pada keadaan cuaca dimana kalau hujan laluan ini tidak bole digunakan sama sekali kerana ada satu jalan yang pada trek ini merupakan laluan air dan boleh menyebabkan banjir kilat di atas gunung.

Mengikut guide kami Haidin dengan Uncle Muhaidin (bukan adik beradik)Koutal Route mendapat namanya daripada si Koutal yang merupakan seorang bomoh, tapi bukan bomoh yang komersial, just untuk pakai sendiri. Beliau sering naik ke puncak King George menggunakan laluan ini untuk bertapa ataupun pergi memburu. Oleh kerana beliau yang membuka jalan ataupun orang yang membuat trek keatas puncak Gunung King George melalui jalan nie, lantas trek nie pun dinamakan sempena dengan nama beliau.


























Kalau mengikut perkiraan aku, ada 9 puncak yang kena didaki sebelum sampai kepuncak then banyak kali turun bukit kemudian mendaki lagi. Kalau mental kurang memang rasa mau pulang rumah tidak mau naik gunung lagi. Pastu treknya sempit asyik2 tersangkut beg di ranting kayu. Belum lagi yang kena tunduk pasal dahan2 pokok yang melintang di sepanjang trek.

Tapi yang best nya pasal trek nie satu ekor pacat pun tidak ada, memang selesa perjalanan tanpa pacat, yang ada cuma siput babi dan si siput babi hehehe (sory Ad). Dan yang paling best sekali viewnya. Tiap kali stop untuk rehat view nya buat semua orang hilang penat. Memang tidak perlu ke luar Negara la…indah, nice, marvelous, splendid, excellent, wonderful dan segalanya yang sinonim dengan perkataan tu.
BULAN 2
1:24:00 AM | Author: Borneo Poindakod
Bulan 2 ataupun Februari dalam kalender moden merupakan bulan yang paling sedikit hari dalam setahun. so maksudnya ku keja still dapat gaji penuh tapi keja kurang dalam 3 4 hari. Bulan 2 juga biasanya ada cuti tahun baru cina.

Tapi bukan itu yang aku mau bagitau kamu semua, aku mau bagitau kamu yang bulan 2 nie aku dengan brother Edi yang makin bahagia sekarang dengan gadis-gadisnya plan mau buat expidisi naik puncak King George.

Plan asalnya mau buat di Gunung Nambuyukon tapi oleh kerana King George nampak macam lebih mencabar (XPDC 5 hari) daripada Gunung Nambuyukon (sehari pun boleh) so plan asal di cancel diganti la dengan King George.

Klau mau naik puncak nie ada 3 trek, dari Timpohon boleh, Mesilau boleh dan Kutau Route. kalau ikut kutau Route makan masa 5 hari, tapi biasanya lagi lama lagi best bah kan, best memang best tapi makin lama makin lah juga mahal memandangkan harga baru yang kena publish oleh sabah park untuk guide dan juga porter so plus makan, permit, insurans, semua mgkin dalam 4 ratus la juga sorang.

Logeng suda tidak join sebab dia pigi kursus di Pahang so kepada tompinai-tompinai yang lain harap dapatlah memplan awal supaya dapat la meluangkan masa untuk join kalau masih ingat dengan orang susah la..hehehe. satu lagi next time kalau jumpa logeng tidak bole panggil sembarang suda, mesti ada LEFTENAN di depannya, LEFTENAN MUDA LOGENG. doakan kejayaan nya.
Kali nie aku dengan Brother Edi plan mau gerak dalam 5 orang so tempat adalah terhad, siapa cepat dia dapat, tapi ada ka sesiapa yang dapat bagi aku info pasal si choi? lepas balik jak dari tambuyukon hilang tanpa berita kawan kita tu..takkan dia pun tidak bole runding?

Ok geng siapa-siapa yang berminat kontek jak aku..no stil yang dulu, tidak da save so maksudnya automatik terkeluar daripada XPDC nie..take care namaste



first of all
10:39:00 PM | Author: Borneo Poindakod
Tentu kamu semua tertanya2 apa maksud perkataan poindakod nie,tp mengikut pemahaman aku yang tidak seberapa faham. Poindakod tu membawa makna pendaki atau pun menaik dalam bahasa dusun.


Bukan sengaja pilih bahasa dusun nie, lagi pun antara kami semua, sorang jak orang dusun. tp untuk menunjukkan poindakod ne orang sabah so nama poindakod nie pun ter pilih biar pun salah sorang dari kami nie berasal dari chemomoi pahang.

Sebenarnya ahli-ahli kumpulan nie telah banyak menjalankan program bersama-sama, tapi belum membawa sepanduk poindakod bersama atau kata lainnya masa tu nama kumpulan nie belum diilhamkan lagi, biasa nya kami hanya menggelarkan diri kami sebagai ‘Tompinai’ ataupun saudara juga dalam bahasa dusun.


Tapi kini selepas XPDC gunung Tambuyukon, semua aktiviti kami akan menggunakan nama BORNEO POINDAKOD. Rasa nya salah seorang daripada kami kena register nama ni dekat mana-mana badan berkaitan sebelum nama ni terambil oleh orang lain. Tapi itu nanti, yang penting sekarang Poindakod telah wujud dan selepas ini apa jua aktiviti yang disertai oleh tompinai akan menggelarkan diri kami sebagai Poindakod
poindakodborneo.blogspot.com
7:08:00 AM | Author: Borneo Poindakod
well . . . this is the first steps to create an official blog for the Borneon Climbers (poindakod borneo) i guess......

The team members now are working harder to gain informations to construct this team blog...

any new announcement will be shown in the next posting... i hope that this blog will become the flatform for all of the Outdoor hooligans to communicate with each other...

your truly

akuhelas.blogspot.com